Welcome to my blog! Be nice here. Thank you:D Follow | Dashboard
Alya Izzati Harme




Yasmin:D
December 31, 2011 | 12/31/2011 12:14:00 AM | 0 love(s)

Entry kali ni, aku nak post tentang seorang insan yang absolutely insane. haha. ini lah sahabat aku yang bernama Nuryasmin 'Afina binti Muhammad Shukeri. Orang panggil dye min sahaja. Tapi, dye juga dikenali sebagai Kerb. Act, dye agak kerap cerita pasal kerbau-kerbau kepunyaan bapanya. Sebab tu orang panggil dye kerb. Singkatan daripada kerbau. Aku ingat lagi, kerbau favourite ayah dye nama KEWEK. hehe. apa cer agaknya KEWEK tu eh? Entah dah disembelih tah waktu Raya Aidiladha yang lepas. Hoho. Aku rasa, yasminlah yang memperkenalkan kerbau kepada dunia aku. Tahun lepas, dye pernah bawak lauk kerbau dekat asrama. Ya Allah! Tuhan je tau berapa gelinya aku nak makan daging tu. Haish. Seumur hidup aku, x pernah aku sentuh daging kerbau. Tapi x pe lah. Nak cari pengalaman punya pasal. Aku pun try la. Seriously aku cakap, daging kerbau mmg x sedap. Aku x suka! Aaarghh!! Aku harap itu yang pertama dan terakhir dalam hidup aku! Huh! Apsal aku emo sangat nih.. Haih..Nak cerita pasal mek min. Kerbau pulak jadinya. Nampak sangat YASMIN = KERBAU :D

OK lah. inilah wajah sahabat aku ituh.
Beliau sekarang menuntut ilmu di Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu. Aku kenal beliau dari form1 lagi. Maktab Rendah Sains MARA Bitara Langkawi lah yang menjadi saksi persahabatan kami :) Cewwahh.

Tapi, waktu form4, beliau dihantar ke MRSM Kubang Pasu. Hanya sebab beliau mendapat B dalam subjek Pendidikan Agama Islam. Tu la min. Tak mau sembahyang lagi, dok Freehair lagi. Haha. x ada lah. Beliau baik sangat-sangat. Tapi, gila-gila. Selamba je beliau nih. Cuma, bukan rezeki beliau lagi. Mungkin rezeki beliau pada masa lain. Aku rindu sangat dekat beliau. Jujur aku cakap, aku dengan beliau, jarang sangat nak mesej2, calling2 ke. Kalau orang tak kenal kami, mesti orang kata kami bukan kawan baek. Betul! Tapi, Tuhan je tau betapa rindunya aku dekat beliau.

Sejak akhir-akhir ni, aku macam agak perasan, beliau selalu puji aku COMEL. hik3.. Thank You, min. Dulu, bukan main susah mulut hang tu nak puji aku. Haih.. Sekarang, bila dah jauh, tak habis2 puji aku. Hihihi. Kantoi la hang rindu aku. Hohohoho. By the way, beliau comel. Sebab, beliau tembam! Tengok gambar beliau sahaja pun sudah tau beliau tembam. Sebab tu la beliau comel :) Setakat ni, cita-cita kuat beliau, beliau nak jadi ORTHODONTIC:D Excited betul beliau nih nak jadi Doktor Pakar BRACES:) Aku doakan, beliau akan dapat kecapi impian beliau itu. Amiinn... Byebye, min!

Sekolah sudah pun nak bukak, tahun 2011 pun akan beralih kepada tahun 2012. Jadi, harap-harap kita sama-sama ada azam baru, azam yang lebih tegar, dan azam yang tinggi! Semoga kita sama-sama dapat Straight A+ dalam SPM 2012 nanti, okay. IMissYou:D

Older Post | Newer Post